SEJARAH DAN ANAK MUDA MALAYSIA
SEJARAH DAN ANAK MUDA MALAYSIA Memetik laporan daripada Utusan Malaysia bahawa ramai daripada kalangan rakyat Malaysia sendiri tidak mengetahui siapa Perdana Menteri Malaysia yang Pertama . Tak cukup dengan itu bila ditanya tentang Tarikh Kemerdekaan Malaysia , ada yang jawab 10 Ogos 1956 , 16 September 1957. Walaupun responden terdiri dari lingkungan umur 16 - 51 tahun tetapi rata-rata yang paling buta tentang asas sejarah adalah khususnya mereka yang berumur 16 - 20 tahun. Bagi saya ada beberapa alasan anak muda kurang minat akan sejarah Malaysia dan Alam Melayu 1. DUNIA DAH MODEN..... Ada yang mengatakan dunia dah berubah dan moden....sejarah tak penting dan tak menyumbung apa pun dalam pembangunan modenisasi ... bukan dapat buat duit pun dengan sejarah... Hakikatnya dunia tidak akan maju selagi mana dunia ini tidak mempelajari sesuatu daripada sumbangan sejarah. Orang yang bijak ,apabila dia melihat sejarah maka automa...