SEJARAH DAN ANAK MUDA MALAYSIA
SEJARAH DAN ANAK MUDA MALAYSIA
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia bahawa ramai daripada kalangan rakyat Malaysia sendiri tidak mengetahui siapa Perdana Menteri Malaysia yang Pertama . Tak cukup dengan itu bila ditanya tentang Tarikh Kemerdekaan Malaysia , ada yang jawab 10 Ogos 1956 , 16 September 1957. Walaupun responden terdiri dari lingkungan umur 16 - 51 tahun tetapi rata-rata yang paling buta tentang asas sejarah adalah khususnya mereka yang berumur 16 - 20 tahun.
Bagi saya ada beberapa alasan anak muda kurang minat akan sejarah Malaysia dan Alam Melayu
1. DUNIA DAH MODEN.....
Ada yang mengatakan dunia dah berubah dan moden....sejarah tak penting dan tak
menyumbung apa pun dalam pembangunan modenisasi ... bukan dapat buat duit pun dengan sejarah...
Hakikatnya dunia tidak akan maju selagi mana dunia ini tidak mempelajari sesuatu daripada sumbangan sejarah. Orang yang bijak ,apabila dia melihat sejarah maka automatik dia akan memndang masa hadapan , kerana fungsi pembelajaran sejarah adalah untuk proses pembaiki masa depan NEGARA , MASYARAKAT DAN DIRI SENDIRI. Mana mungkin sesebuah negara maju tanpa ada kesilapan pada masa lampau yang dari proses itu maka terhasillah pula negara maju.
Anak muda kita sibuk kata " bila Malaysia nak Maju"??? Jepun tu cepat je maju .. Negara barat tu pesat je membangun, duit pun mahal...dan lain-lain karenah mereka.
Bagaimana Malaysia nak maju, AKHLAK pun lintang pukang. Perlu diingatkan bahawa definisi tamadun adalah budi pekerti MULIA dan Berbudi bahasa.Maka di sini, masyarakat Jepun mempunyai sikap ini. Jadi bagaimana pulak anak Malaysia yang zikirnya setiap hari adalah mencarut bahkan ada sampai ke tahap MALU dengan BANGSA DAN IDENTITI sendiri.
2. KEBANYAKKAN SEJARAH MENIPU
Tidak dinafikan wujud sejarah yang menipu terutamanya apa yang kita belajar sewaktu tingkatan 1 dulu yang ketika mana Portugis menyerang Melaka dan Melaka tiada kelengkapan perang yang hebat sebagaimana Portugis.
Tetapi perlu diketahui tidaklah kesemua sejarah itu yang menipu. Cuba kita fikirkan kembali, kenapa wujud banyak penipuan dalam sejarah? Sebab mungkin faktornya ramai orang yang tak nak mengkaji sejarah apatah lagi mahu berkecimpung dalam bidang ini bahkan tak nak ambil tahu langsung tentang sejarah. Sekiranya wujud penipuan dalam sejarah sebenarnya pasti ada kebenarannya dan kebenaran itu tidak kita dapat jumpa melainkan kita KAJI SENDIRI sejarah itu.
Adakah dengan mengatakan banyak sejarah menipu kita terus mengabaikan sejarah? . Padahal alasan itulah yang sepatutnya anak muda kaji dan telusuri serta menghayatinya.
3. Mata pelajaran sejarah di sekolah sangat membosankan...
Memang wujud bosan itu pada satu ketika, mungkin cara pengajaran guru-guru yang membosankan
Ada beberapa cara untuk membuatkan mata pelajaran sejarah seronok
- Gunakan video untuk menarik minat pelajar. Sekarang sudah banyak dokumentari atau video pendek berkaitan sejarah kita dalam buku teks
- Jangan hanya memusatkan ilmu pengatahuan sejarah terhad di dalam buku teks sahaja. Ia amat membosankan. Seeloknya guru-guru mencari fakta baharu dan menarik berkaitan pengetahuan sejarah dalam buku teks. Contohnya, fakta menarik tentang kerajaan Johor, Melaka, Kisah perang yang lebih detail dan sebagainya.
4. Anak muda Malaysia malas membaca?
Secara keseluruhannya berlaku peningkatan statistik pembacaan rakyat Malaysia dan ini adalah suatu peningkatan yang membanggakan. Tetapi perlu diingatkan bahawa kebanyakkan buku yang dibaca adalah pembacaan yang ringan.
Adakah salah untuk membaca bahan bacaan yang ringan?
Sudah tentu tidak. Membaca itu mempunyai tujuan yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang membaca untuk menambah pengetahuan, untuk lulus peperiksaan, atau sekadar hobi dan santai semata-mata.
Namun, isu yang lebih besar di sini ialah apabila bahan bacaan bersifat santai dan mudah ini mendominasi masyarakat sehingga menjejaskan tahap pemikiran masyarakat. We are what we read. Mereka yang suka membaca surat khabar tabloidseperti Harian Metro berlainan cara dan tahap pemikirannya berbanding mereka yang membaca New Straits Times, sebagai contohnya.
Jika kita terlalu cenderung membaca dan mendapatkan ilmu daripada satu sumber sahaja, tahap pemikiran kita akan menjadi pasif, tidak berkembang dan kita tidak akan terdedah kepada corak pemikiran lain.
Justeru itu, sudah tentunya kepelbagaian bahan bacaan merupakan kaedah terbaik untuk ‘memandaikan’ diri. Baca buku cinta itu tidak salah, bacalah. Namun pada masa yang sama, usahakan membaca buku daripada genre lain seperti motivasi, travelog, agama, biografi dan juga, buku-buku dalam bahasa lain. Ada sesetengah pembaca cenderung membaca dalam satu bahasa sahaja hingga mennyebabkan mereka tidak terdedah kepada cara berfikir, budaya dan adat kaum lain.

Comments
Post a Comment