BEBERAPA TANGGAPAN DAN CATATAN PENGKAJI BARAT TENTANG KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA
PENGENALAN
- Umum mengatahui bahawa alam Melayu menerima pelbagai budaya daripada luar maka dengan ini pengkajian tertumpu pada kebudayaan yang sangat signifikan dalam peradaban di Alam Melayu yang bercirikan agama yaitu antara Hinduisme dan Islam.
- Kita akan membincangkan kedua-dua agama ini dari segi kebudayaan meliputi soal peranan dan seumbangannya.
- Maka di sini pengkaji barat suka membandingkan antara kedua-dua kekuatan pengaruh kebudayaan ini.
- Kebanyakkan pengkaji barat memperkecilkan ketamadunan dan sumbangan islam yang berada di Tanah Melayu ( Syed Naquib Al-Attas)
- Makalah ini akan membincangkan 3 pendapat sarjana barat tentang kedatangan Islam di Tanah Melayu sekaligus mengambarkan pemikiran ketiga-tiga pendapat sarjana barat tersebut tentang pengaruh Islam dan kebudayaan di Tanah Melayu.
1. Buku DE HINDOE - JAVAANSCHE TUD oleh J.KROM
1.1 Beliau berpendapat bahawa kebudayaan Hindu datang di Kepualuan Melayu-Indonesia seawal abad pertama Masihi. :
1.1 Beliau berpendapat bahawa kebudayaan Hindu datang di Kepualuan Melayu-Indonesia seawal abad pertama Masihi. :
- berasaskan pada penemuan catatan Tiongha bertarikh 132 Masihi . Isi catatan tersebut menceritakan seorang Maharaja dari Ye-tiao bernama Tiao-Pien yang menerima sebuah cenderamata dari seorang raja di Yawadwipa yang menurut Krom berasal dari Pulau jawa
- Nama daerah Yawadwipa berasal dari bahasa sanskrit
- Gelaran raja di Pulau Jawa iaitu Dewa Warman yang kebiasaanya nama raja hindu diakhiri dengan Warman
- Menurut Krom berlaku penerimaan budaya ini hasil daripada kerelaan masyarakat asal dan tanpa paksaan
- Masyarakat asal terdedah kepada pengaruh dan kebudayaan Tiongkok yang datang melalui hubangan perdagangan dan wujud komuniti kecil Tiongkak di daerah kepualuan Alam Melayu. Membawa adat istiadat cina tapi tidak memberi kesan yang besar pada penduduk di situ
- Berbeza dengan kebudayaan hindu menurut Krom masyarakat peribumi menerima dengan mudah dan memberi impak yang besar dalam kebudayaan di daerah Kepulauan Melayu- Indonesia ketika itu.
1.2 Kesignifikan Hinduisme
- Tidak berlaku secara penaklukan tetapi dengan kerelaan penduduk tempatan
- Tidak pernah wilayah ini menerima raja yang berasal dari India yang menakluki kawasan tertentu dan mendirikan kerajaan.
- Nama Warman bukan nama yang diwarisi terun temurun tetapi gelaran suci bagi beberapa buah kerajaan di India.
( senang cerita Hindu di wilayah ini bukan berasal dari keturunan Hindu tetapi raja tempatan mengamalkan Hindu )
- Hindu Ajaran Brahman ( ada sumber inskripsi tentang upacara keagamaan penyembahan lembu dan gelaran raja Purnawarman yang dianggap Dewa Wishnu)
- Juga terdapat ajaran yang lain selain Buddha yaitu ajaran Hindu-Buddha
( lukisan di candi Budhha dan di dinding stupa yaitu ditulis dengan aksara Pallawa.
( catatan t-sing menceritakan kedatangan 1000 orang pendeta Buddha yang bertapa dan belajar di Sriwijaya )
- Hinduisme di Kepualauan Melayu-Indonesia perubahan signifikan terutama dalam bidang keseniaan ( candi, tugu, ukiran batu dan gerbang yang mempunyai tulisan yang bertujuan Hinduisme)
- Pada monumen tersebut mempunyai dua unsur kebudayaan yang berasingan yaitu unsur Hinduisme dan unsur tempatan )
- Memajukan bahasa masyarakat tempatan yaitu dengan pengaruh bahasa Sanskrit yang dianggap suci. Anggapan Krom apabila masyarakat menggunakan suatu bahasa itu maka dia telah menunjukkan penghoramatan pada bahasa itu. Bagi saya ini adalah suatu yang tidak benar kerana ada sahaja perkataan bahasa Indonesia meminjam kosa kata inggeris adakah ini dikatakan sebagai suatu penghormatan sedangkan dahulu bangsa inggeris yang menjajah Kepulauan Melayu-Indonesia ini ?
- Yang paling penting dengan hujah-hujah ini semua Krom menyimpulkan bahawa Hinduisme membawa 'budaya tinggi'
- Pandangan Krom tentang kesignifikan peranan dan sumbangan Islam di Tanah Melayu
- Krom menganggap bahawa kesignifikan Islam di Tanah Melayu tidak sejajar sepertimana Hindu
- Penyebaran Islam berlaku secara perlahan-lahan
- Sampai Islam di sini melalui pedagang India dari Gujerat
- perkembangan yang rancak pada 15 masihi bukan didorong oleh faktor gerakan dakwah tersendiri tetapi disebabkan pergolakan politik dan kelemahan kerajaan Hindu
- Kesenian Hindu Jawa masih kuat diamalkan masyarakat tempatan contohnya seperti seni wayang dan kandungan ceritanya masih dimanfaatkan daripada sumber Kakawin iaitu puisi Jawa Kuno.
- Seni bina masjid yang mempamerkan ciri-ciri kesenian dan kebudayaan Hindu-Jawa
- Krom merumuskan kehadiran Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia masih tidak dapat menggugat kekuatan pengaruh dan kebudayaan Hindu, yang dianggapnya bertapak kukuh hingga ke hari ini.
:
2. NUSANTARA: A HISTORY OF INDONESIAN OLEH BERNARD H.M. VLEKKE
2.1 Kesignifikan Hinduiesme
2.1 Kesignifikan Hinduiesme
- Menolak teori bahawa kehadiran Hinduisme di Kepulauan Melayu-Indonesia hasil daripada proses penaklukan
- Penyerapan Hinduisme berlaku secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang lama
- Pedagang India yang terlibat dengan perdagangan rempah di kepulauan tersebut membawa masuk sekumpulan ketua agama Hindu dari golongan Brahman.
- Sambutan baik masyarakat tempatan terhadap ketua agama didorong oleh kekaguman mereka terhadap kebudayaan Hindu dan dianggap bahawa golongan Brahman pencetus kemajuan
2.2 Pandangan Vlekke tentang peranan dan sumbangan Islam di Rantau
Melayu
- · Vlekke menganggap bahawa islam di Tanah Melayu hasil daripada pendakwah dari Gujerat, India.
- · Berdasarkan Penemuan batu-batu nisan tertulis dalam huruf Jawi dan pahatan ayat suci Al-Quran yang dianggap diimport dari pedagang India
- · Persamaan pendapat Krom dan Vlekke memberikan kesan terhadap pemahaman tentang kedudukan Islam di Rantau ini bahawa perakuan ini akan melemahkan kewibawaan ajaran Islam yang diterima masyarakat Melayu kita. Apabila kita menerima perakuan mereka tentang sampainya Islam di rantau ini menandakan seolah-olah islam sampai secara kebetulan.
- · Vlekke mengatakan bahawa proses penyebaran Islam di kepulauan ini tidak dilakukan secara terancang dan sistematis kerana tidak terdapat orgnisasi atau badan yang secara khusus mengendalikan hal-hal berkaitan kegiatan dakwah Islamiah di Kepulauan Melayu-Indonesia . Ini adalah penipuan !!!
- · Menurut beliau lagi, pemerintahan Hindu-Jawa menerima Islam adalah disebabkan ingin melindungi kepentingan politik dan memelihara kedaulatan kerajaan. Bukan disebabkan kerelaan atau tertariknya dengan ajaran Islam.
3. INDONESIA : TRADE AND SOCIETY oleh J. VAN LEUR
3.1 Kesignifikan Hindu di Kepulauan Melayu-Indonesia
·
Institusi keraton pada zaman Kerajaan
Sriwijaya dan Bantam tidak menjalinkan hubungan yang akrab dengan pedagang dari
India. Maka Van Leur menolak peranan kegiatan perdaganggan dalam memperkenalkan
Hinduisme di Kepulauan ini.
·
Ini dikukuhkan lagi dengan
keterpencilan pedagang India dari keraton ketika pemerintahan zaman Kerajaan
Sriwijaya dan Bantam, sehingga hidup terpinggir dengan komuniti mereka sehingga
wujud sebuah perkampungan bernama ‘perkampungan keling’ .
·
Dengan penolakan pandangan bahawa
Hinduisme bukan datangnya dari India , Van Leur ingin menyatakan kecenderungan untuk menonjolkan kewibawaan
kebudayaan Hindu di Kepulauan Melayu-Indonesia adalah suatu “budaya tinggi”
yang membawa peradaban yang maju.
3.2 Pandangan Van Leur terhadap peranan dan kesignifikan Islam di
Kepulauan Melayu-Indonesia
- · Menurut Beliau, kemunculan beberapa kerajaan Islam di Kepulauan tersebut tidak disumbangkan faktor ajaran Islam, tetapi dipengaruhi situasi politik ketika itu.
- · Kebergantungan Islamisasi di Kepulauan ini atas faktor seperti monopoli perdagangan rempah, kekuatan politik serta kepesatan gerakan Kristian, menggambarkan bahawa Van Leur menganggap penerimaan masyarakat Melayu-Indonesia terhadap Islam bukan disebabkan ajaran Islam, tetapi dipengaruhi faktor lain.
- · Maka di sini, Van Leur menganggap bahawa ajaran Islam tidak membawa “budaya tinggi” kepada masyarakat tempatan kerana kemajuan yang tinggi telah dicapai ketika mengamalkan Hinduisme. ( DAN INI ADALAH PENIPUAN YANG BESAR )
IKHTISAR
- · Ketiga – tiga pengkaji barat di atas jelas mengiktiraf amalan Hinduisme sebagai budaya tinggi berbanding ajaran Islam dan tidak memperakukan kesiginifikan agama Islam serta peranannya.
- · Pandangan pengkaji Barat seperti yang kita bincangkan di atas telah disanggah Syed Naquib Al-Attas dalam syarahan beliau bertajuk “ Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu” .
- · Penerapan Tauhid adalah sumbangan yang terbesar dalam menyedarkan masyarakat Melayu yaitu mengesakan Allah dan menolak segala sembahan melainkan Allah.
- · Melalui penerapan tersebut masyarakat melayu juga mulai sedar akan keupayaan akal mereka, sesuai kedudukan mereka sebagai Khalifah Allah di bumi yang telah menjadi pencetus kepada penyuburan intelektualisme dan rasionalisme bangsa Melayu.
- · Pemahaman kepada tauhid turut diiringi konsep “Taqwa” yang hanya mengejarkan kedudukan dan darjat manusia di sisi Allah S.W.T, yang hanya dapat dibezakan hanyalah ketaqwaan yaitu kepatuhan dalam pelaksanaan perintah tuhan dan menolak pemujaan sesame manusia.
- · Berbeza pula dengan Sistem kasta Hindu yang menganggap manusia sebagai dewa dan menganggap rendah golongan kelas bawahan seperti Pariyya dan sebagainya.
- · Tetapi Syed Naquib Al-Attas tidak menafikan bahawa Hindu yang datang di rantau ini adalah dari India.
- · Al-Attas juga menyanggah Islam datang dari India . Menurut Al-Attas, penelitian terhadap isi kandungan, cara penghuraian, aliran ilmu Tasawuf, bentuk huruf serta tulisan (Jawi), pengunaan nama-nama hari, kaedah hafalan Al-Quran serta beberapa amalan yang diamalkan masyarakat Melayu sehingga kini memperlihatkan kesejajarannya dengan ajaran Islam yang datang dari Tanah Arab, dan bukannya India.
Rujukan :
Ringkasan daripada kertas kerja "Antara Islam Dan Hinduisme Di Alam Melayu : Beberapa Catatan Pengkaji Barat oleh MOHD ZARIAT ABDUL RANI
" http://www.ukm.my/sari/images/stories/sarionline/Journal/23/23_1.pdf
Jika ada kesilapan atau rasa macam tak sedap nak baca atau sebagainya , sila komen diruangan ini.
ReplyDelete